Sabtu, 22 Mei 2010

Cakap orang yang kecewa:Dunia boleh terbalik jika percaya cakap DAP: Tan Sri Abdul Taib Mahmud

KUCHING 21 Mei - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud

meminta rakyat negeri itu supaya tidak mengambil serius tuduhan DAP kononnya Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang mengamalkan rasuah kerana apa yang dikatakan oleh parti pembangkang itu adalah pembohongan semata-mata.

"You percaya cakap DAP, dunia boleh tungkup (terbalik)," katanya kepada

pemberita di sini hari ini.

Taib berkata, di bawah kepimpinan BN, demokrasi akan terus berjalan dengan baik di negara ini.

Katanya, beliau mahu melihat rakyat terus kekal bersatu sekali gus menjadikan Sarawak sebagai negeri contoh kepada kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini. -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.