MADINAH: Sebuah mahkamah syariah di sini meneliti aduan seorang wanita yang mendakwa bapanya memaksa dia berkahwin dengan seorang lelaki lain walaupun dia ingin meneruskan perkahwinan dengan suami pertamanya.
Suami pertama, pendatang warga Tunisia pula mengadu kepada Gabenor Madinah, Putera Abdul Aziz bin Majid bahawa dia dipenjara oleh Jabatan Pasport selepas bapa mentuanya yang juga penjaminnya, membuat laporan palsu terhadapnya.
Si suami mendakwa seorang hakim memihak kepada bapa mentuanya untuk membatalkan haknya terhadap isterinya ketika dia dipenjara.
Masalah antara lelaki itu dengan bapa mentuanya bermula lima tahun lalu.
Dalam aduannya, wanita terbabit berkata, bapanya pada mulanya bersetuju membenarkan dia berkahwin dengan lelaki Tunisia itu tetapi kemudian mengubah fikiran.
Bapanya juga enggan menyerahkan semula wang hantaran berjumlah RS20,000 (RM17,000) yang diserahkan suaminya.
Ia menyebabkan lelaki itu mengambil tindakan mahkamah untuk memaksa bapa mentuanya menyerahkan semula wang hantaran berkenaan bersama-sama RS57,000 (RM50,000) yang dihutangnya.
Si bapa kemudian membuat laporan kepada Jabatan pasport bahawa lelaki Tunisia itu memasuki Arab Saudi dengan menggunakan visa palsu.
Ini menyebabkan kedua-dua lelaki itu bertengkar dan bertumbuk.
Lelaki Tunisia itu kemudian dipenjara selama sebulan oleh Jabatan Pasport atas tuduhan menipu visa dan dua bulan lagi kerana bertumbuk dan diarah membayar bapa mentuanya RS28,000 (RM24,100).
Ketika dipenjara, bapanya memaksa dia berkahwin dengan lelaki lain, memaksa wanita itu melarikan diri dari rumah dan membuat laporan kepada mahkamah syariah. — Agensi
Home »
» Bapa paksa anak cerai
Bapa paksa anak cerai
Written By canang on Jumaat, 7 Mei 2010 | 5/07/2010 04:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan