BRUSSELS - Majoriti anggota Parlimen Belgium kelmarin menyokong rang undang-undang yang melarang pemakaian burka di tempat awam.
Apabila undang-undang baru dikuatkuasakan nanti, Belgium bakal menjadi negara Eropah pertama yang menguatkuasakan larangan pemakaian burka.
Rang undang-undang itu diluluskan selepas 136 anggota Dewan Rendah Parlimen Belgium menyokongnya manakala dua wakil rakyat memilih untuk berkecuali tetapi tiada anggota yang menentang rang undang-undang tersebut.
Larangan itu melibatkan lokasi seperti di jalan raya, taman awam dan stadium atau mana-mana bangunan yang digunakan oleh orang ramai.
Mereka yang tidak mematuhi undang-undang baru itu boleh didenda sehingga 25 euro (RM105) atau dipenjara maksimum tujuh hari.
Home »
» Belgium lulus larangan pakai burka
Belgium lulus larangan pakai burka
Written By canang on Sabtu, 1 Mei 2010 | 5/01/2010 11:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan