Home » » Benjy masuk pusat pemulihan

Benjy masuk pusat pemulihan

Written By canang on Khamis, 6 Mei 2010 | 5/06/2010 09:30:00 PG

AZEAN memperkatakan sesuatu kepada peguam Benjy, Amir Hamzah (kiri) selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus anaknya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Permohonan habeas corpus pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy (gambar) untuk dibebaskan segera daripada ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya, Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 ditolak Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak ketika memutuskan perkara itu berkata, penahanan semula Benjy, 32, oleh polis adalah sah dan sejajar dengan undang-undang mengikut Seksyen 3 akta tersebut.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria memberitahu, Benjy kini ditahan mengikut Seksyen 6 (1) LLPK yang membolehkan pelakon itu ditahan di pusat pemulihan akhlak di Muar, Johor bagi menjalani tempoh tahanan selama dua tahun.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger