Home » » Datuk 15 cucu dakwa lawat syurga 2 kali

Datuk 15 cucu dakwa lawat syurga 2 kali

Written By canang on Selasa, 11 Mei 2010 | 5/11/2010 01:00:00 PG

JAKARTA: Seorang datuk 15 cucu kelihatan lemah dan mendakwa melawat syurga - dua kali - serta menerima wahyu dari Tuhan sekembalinya ke Bumi mendapat kejutan Jumaat lalu apabila dipenjarakan setahun kerana mempersendakan agama.

Jelas menyesal dengan perbuatannya, Bakri Abdullah, 70, juga dikenali Amaq Bakri, Papuq Junaedi dan Abdullah, memberitahu Mahkamah Daerah Selong di Pulau Lombok dia “amat berterima kasih” dengan keputusan itu, lebih ringan enam bulan berbanding diminta pendakwa raya.
Bakri ditahan Oktober tahun lalu selepas dia menyebabkan penduduk kampungnya di timur Lombok berang kerana mendakwa seorang nabi.
Dia mendakwa dua kali dibawa ke syurga, pertama pada 1970-an dan sekali lagi pada 2005, dari sebuah hutan di cerun Gunung Rinjani Lombok.

Dia bercakap besar pada kali kedua diangkat ke langit, dia juga melawat alam lain.–
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger