Hasrat 65 jemaah Langkawi untuk menunaikan umrah ke Mekah tidak kesampaian, apabila sebuah syarikat
pelancongan yang beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor yang menawarkan pakej itu didapati 'ghaib'.
Wakil kumpulan jemaah, Zinuddin Mahmud, 48, mendakwa syarikat terbabit gagal menyediakan penerbangan yang dijadual berlepas pukul 3 petang semalam dari Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan.
Katanya pelbagai alasan diberi oleh wakil syarikat berikutan dengan penerbangan yang beberapa kali telah ditunda sejak 23 April lepas.
"Semua 65 jemaah Langkawi yang terkandas, telah pulang ke Langkawi malam tadi dan hari ini," katanya di Langkawi hari ini.
Katanya, setiap jemaah itu hanya dikenakan RM2,500 untuk menunaikan umrah manakala baki kos kononnya akan ditaja oleh pihak tertentu.
Zinuddin berkata syarikat berkenaan juga didapati tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kumpulan terbabit telah membuat laporan polis di Langkawi untuk tindakan lanjut.
Home »
» Di tipu:65 jemaah gagal tunaikan umrah, syarikat pelancongan 'ghaib'
Di tipu:65 jemaah gagal tunaikan umrah, syarikat pelancongan 'ghaib'
Written By canang on Sabtu, 1 Mei 2010 | 5/01/2010 09:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan