Home » » Dipaksa makan babi

Dipaksa makan babi

Written By canang on Selasa, 11 Mei 2010 | 5/11/2010 08:30:00 PTG

TAIPEI: Tiga warga Indonesia beragama Islam didakwa ketakutan selepas pemilik kilang memaksa mereka makan daging babi sejak tujuh bulan lalu.
Jika enggan makan, mereka diancam akan dihukum. Pendakwaraya mendakwa pemilik kilang pakaian, Shin Hua Hang Fashion Co Ltd, Chang Wen-lin 26 April lalu kerana memaksa tiga wanita itu makan daging babi antara September 2008 hingga April 2009.

Chang percaya daging babi itu akan memberi tenaga lebih kepada ketiga-tiga wanita dan mengancam memotong gaji mereka jika enggan menurut arahannya. Jurucakap Pertubuhan Buruh Antarabangsa Taiwan, Susan Chen berkata, mereka menjaga ketiga-tiga mangsa selama empat bulan sejak April 2009 selepas mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa Taipei. “Mereka ketakutan ketika tiba di pusat perlindungan kami, termasuk bimbang dihantar pulang.

“Mereka juga kelihatan takut ketika pertama kali bertemu bekas majikan selepas dibawa keluar daripada kilang beberapa bulan kemudian,” katanya.

Wanita itu dikenal pasti sebagai Tarsinah, Suswati dan Wasilah. Mereka kini bekerja di tempat lain di Taiwan dan tidak mahu mengulas kes itu kerana bimbang tindakan itu menimbulkan masalah di tempat kerja baru.

Chen berkata, Chang pada mulanya menggaji mereka sebagai pembantu rumah tapi kemudian diarah bekerja di kilang dari jam 7 pagi hingga 11 malam. Mereka hanya dibayar gaji purata NT$1,370 (RM138) sebulan, jauh lebih rendah daripada gaji minimumum ditetapkan, NT$17,000 (RM1,715). Kira-kira 350,000 buruh asing, majoriti dari Indonesia, Filipina dan Vietnam kini bekerja di Taiwan. - AP
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger