Home » » Dr Chua, Syed Husin, Puji Perbahasan Matang

Dr Chua, Syed Husin, Puji Perbahasan Matang

Written By canang on Isnin, 31 Mei 2010 | 5/31/2010 08:00:00 PG

Ahli politik berpengalaman menyifatkan perbahasan perwakilan Parti Keadilan Rakyat sebagai matang dalam menyentuh pelbagai topic dan membentangkan pandangan bernas melibatkan kepentingan rakyat.

Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali dan bekas Menteri Kabinet, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan kematangan perbahasan mereka menggambarkan proses pemantapan parti berjalan lancar.

Kira-kira 2 ribu perwakilan kongres PKR 2009 membahaskan isu ketuanan rakyat, demokrasi, kedaulatan undang-undang, urus tadbir, dasar pembangunan negara, hak asasi dan sumber negara.

Sekalipun perwakilan terdiri daripada bukan Melayu tetapi penguasaan berbahasa mereka tidak kurang hebatnya.

“Saya sudah lama dalam 25 tahun MCA. Saya nampak semua bangsa yang ada disini boleh menguasai bahasa melayu dengan baik sekali. Pembahas tiong hua, saya tengok mutu bahasa mereka sangat tinggi," kata bekas Menteri Kesihatan Dr Chua Jui Meng.

Beliau juga mendapati perwakilan menyuarakan kritikan secara terus terang, tanpa rasa takut.

“Kita nampak mereka tidak bodek. Tegas ada mesej kepada pemimpin diatas. Di MCA berbeza. Ada banyak bodek. Ada sikit yang kritik. Tapi dalm PKR xde sape bodek pun. Ini tanda yang bagus," kata

Bagi Timbalan Presiden PKR, Senator Syed Husin Ali berkata kritikan dan isu yang diketengahkan perwakilan adalah proses pemantapan pasti dan gembira kerana budaya tegur menegur terus subur dalam PKR.

“Ia input yang bagus. Ia mengkritik bukan cara yang merosakkan. Mengkritik secara yang membina. Dan ini satu perkara yang baik. Perkara yang disebut juga agak bernas. Ia bukan bersifat liar dan ia bukanlah tidak difikirkan dahulu sebelum dicakapkan," kata Syed Husin
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger