BEIJING - Penemuan seekor ikan yang pada kebiasaannya hidup di Laut China Selatan mencetuskan persoalan adakah ia akan menggantikan ikan Blobfish sebagai yang paling hodoh di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan Blobfish pada kebiasannya wujud di perairan laut dalam di Australia dan Tasmania.
Namun, seekor ikan aneh yang baru ditemui di Laut China Selatan itu mempunyai sirip yang boleh menggenggam dan kelihatan seperti tangan dan memiliki sepasang 'kaki' kecil.
Ikan itu mempunyai wajah yang menunjukkan reaksi seperti baru sahaja mendapat berita paling buruk.
Seorang pemilik restoran Bao Sung di Fujian, timur China membeli ikan itu selepas ia timbul di sebuah lokasi akibat pencemaran.
"Siripnya sangat besar dan berotot. Ia boleh berjalan di atas meja," kata Bao. - Agensi
Home »
» Dua ikan bersaing gelaran paling hodoh
Dua ikan bersaing gelaran paling hodoh
Written By canang on Jumaat, 28 Mei 2010 | 5/28/2010 03:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan