Umum mengetahui pemilik nama Nasrizal Ngasri atau lebih mesra dengan panggilan Bell telah mendirikan rumahtangga dengan Nur Farhana pada tahun 2007. Jika diimbas kembali, rumahtangga pasangan ini pernah dilanda badai sekitar tahun 2008 apabila Bell menghantar SMS berbunyi, ‘Aku ceraikan kau. Thank you. Selamat berjaya.’
Gara-gara terlalu sibuk, anak-anak tidak mengenalinya
Ketika kes pengesahan lafaz cerai mereka berlangsung, Bell telah ditegur hakim kerana tertidur di dalam mahkamah. Hakim akhirnya memutuskan pasangan ini sah bercerai talak satu.
Namun kerana perasaan cinta yang masih utuh di antara mereka berdua, pasangan ini telah membuat keputusan untuk merujuk kembali.
Sesungguhnya, pengalaman yang lalu mengajar pelakon ini supaya lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara. Bell dan isteri kini hidup bahagia bersama dua cahaya mata, Nasfazril, dua tahun dan Nasfarisya, lapan bulan.
“Kehidupan kami sekeluarga biasa saja. Tak ada masalah. Memang Bell akui Bell tak banyak masa bersama dengan isteri dan anak-anak.
Sekarang ini masa Bell cari duit untuk keluarga,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pra-tonton filem ‘Kecoh Betul’ di Damansara baru-baru ini.
Menurut Bell, kerana terlalu sibuk dengan tawaran yang tidak pernah putus, pernah satu ketika dulu anaknya tidak mengenali dirinya.
“Pada awal-awal dulu anak tak kenal saya. Dia tak nak pada saya dan nak mak dia saja. Itulah bahana kalau terlampau sibuk. Namun, jika ada kelapangan, Bell akan bawa mereka pergi jalan-jalan.Bell harap yang terbaik untuk Anne
Apa yang pernah berlaku dalam rumahtangga Bell sebelum ini kini menimpa rumahtangga adiknya, pelakon Anne Ngasri. Umum mengetahui, rumahtangga Anne kini di ambang perpisahan.
Bagi Bell, sebagai seorang abang, dia pada mulanya agak terkejut dengan berita ini.
“Kami adik beradik memang rapat dari kecil, selalu berlakon sama-sama, benda (perceraian) itu sudah pasti saya tahu dari mulut dia sendiri. Benda dah berlaku, saya harap, mereka fikirlah untuk masa depan mereka.
“Anne cakap kat saya tahun ini. Sebelum ini saya tengok dia dan suami okay je. Tapi nak buat macam mana, kita terima ini sebagai lumrah kehidupan. Bagi saya, ia merupakan asam garam rumahtangga.
Benda dah nak jadi. Pada pendapat saya, biar mereka fikir yang terbaik untuk diri mereka.”
Menurut Bell, dia tidak mahu komen lebih lanjut mengenai rumahtangga adiknya dan menganggap Anne lebih rapat dengan Darling. Bell turut memberitahu, Anne dan anak-anak kini tinggal bersama-sama dengan keluarganya.
“Mereka pun dah besar, jadi biar mereka fikir sendiri. Saya hanya sekadar boleh membantu dengan memberi nasihat kepada mereka. Bagi saya, lagi bagus minta pandangan dari ibu bapa, orang yang lebih tua.”
Ditanya adakah Bell sendiri tahu apakah punca keretakan rumahtangga Anne dengan suaminya, Bell menjawab, “Itu saya tak tahu, kena tanya dengan Anne sendiri.”
Anne mendirikan rumahtangga dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 dan dikurniakan dua orang anak lelaki. Kes pengesahan lafaz cerai Anne akan berlangsung di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei ini.
Tak kisah tak jadi heroTak kisah tak jadi hero
Bell jadi gagap
Bell jadi gagap
Benarlah kata pepatah, ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Bakat seni yang mengalir dalam jiwa Bell sesungguhnya lahir dari kedua ibu bapanya, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar yang pernah aktif dalam dunia seni penyiaran satu ketika dulu. Malah, adik beradiknya yang lain juga mempunyai bakat seni sejak dari kecil lagi.
Wajah Bell sudah mula menghiasi kaca televisyen sejak 23 tahun yang lalu. Namun, jika dilihat perjalanan karier lakonannya, pelakon ini seringkali diberi watak-watak pembantu. Malah untuk filem terbaru lakonannya, ‘Kecoh Betul’, Bell sekali lagi menerima tawaran sebagai watak pembantu.
“Itu rezeki masing-masing. Mungkin sebab fizikal saya kecil, saya tak dapat jadi hero. Sebagai pelakon, saya terima apa saja watak, walaupun hanya untuk satu babak. Saya tak kisah.”
Dalam filem ini, Bell memegang watak sebagai Joe seorang pemuda gagap. Anak ketiga ini turut mengakui watak gagap ini ‘menyusahkannya’.
“Sebenarnya saya ganti tempat orang. Saya dapat skrip pun tiga, empat hari sebelum ‘shooting’. Saya cuba buat yang terbaik untuk watak ini. Tidak dinafikan karakter gagap memang agak sukar untuk dibawa. Tapi bila pengarah dah suruh, kita sebagai pelakon kena buatlah. Terpulanglah kepada penonton untuk menilai lakonan saya.”
“Hari-hari buat gagap, sampai sakit tekak saya. Adalah tiga, empat hari hilang suara. Dalam masa sebulan ‘shooting’ tu, memang payah nak buang gagap. Sampai terbawa-bawa kat luar penggambaran.”
Apabila ditanya adakah dia tidak kisah menjadi pelakon yang dipilih pada saat-saat akhir menggantikan pelakon lain, Bell menjawab, “Itu rezeki saya. Saya tak kisah nak ganti tempat orang. Kalau lepas ni ada pelakon-pelakon yang tak boleh berlakon, cari lah saya,” ujarnya yang sempat berseloroh.
Dalam filem ‘Kecoh Betul’, Bell turut bergandingan bersama Nabil, Saiful Apek dan Diana Danielle. Bell turut berkongsi pengalamannya ketika berlakon dalam filem ini.
“Pernah ada satu babak di Putrajaya, kami kena tahan dengan polis. Ketika itu babak tengah berlumba. Rupa-rupanya masa itu polis tengah ‘escort’ Perdana Menteri kita. Lepas kena tahan dengan polis, masing-masing bawa motosikal entah ke mana.”
Filem ‘Kecoh Betul’ mengisahkan tentang tiga orang sahabat, Aiman, Belon dan Joe yang bekerja sebagai penghantar makanan segera. Mereka obses dengan motor dan kerana kehidupan di kotaraya yang penuh dengan cabaran, mereka telah terjebak dengan kancah Ah Long. Sejak itu, kehidupan mereka jadi huru-hara kerana diburu Ah Long. Filem arahan S. Baldev Singh yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta ini akan menemui penonton pada 3 Jun ini.
Home »
» Dunia Artis:Anak Tak Kenal Bell
Dunia Artis:Anak Tak Kenal Bell
Written By canang on Khamis, 20 Mei 2010 | 5/20/2010 11:25:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan