Home » » Dunia Artis:Ella dilamun cinta

Dunia Artis:Ella dilamun cinta

Written By canang on Jumaat, 21 Mei 2010 | 5/21/2010 12:00:00 PTG

Kisah cinta Ratu Rock Malaysia, Ella tidak pernah padam meniti di bibir peminat saban tahun. Rata-rata masih setia untuk mengetahui siapa pula kini yang menghuni hatinya.

Walaupun silih berganti, setiap kali menerima perkhabaran Ella sudah pun berpunya terdetik rasa gembira apabila penyanyi pujaan ini kembali berteman untuk mengakhiri zaman bujangnya

Namun, saat dan detik dia diijapkabulkan cuma Ella sahaja yang tahu bila agaknya menjelang hari bersejarah itu.

Dalam kesibukan dia menjalani aktiviti seni yang tidak pernah kurang itu, Ella tidak menolak apabila dia perlu berhadapan dengan situasi cinta.

Figura ini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang bukan sahaja dikategorikan sebagai lelaki kacak malah penampilannya juga membuatkan pandangan mata seseorang itu tidak lekang untuk melihatnya.

Dengan beberapa diskripsi menarik yang digambarkan oleh Ella, memang pasti dirinya sedang dilamun cinta.

Di sebalik hatinya yang kini dututupi dengan bunga-bunga cinta, dia tidak lepas lari dengan khabar angin menyatakan jejaka itu muda lima belas tahun sedangkan Ella menuju ke gerbang usia 43 tahun. Walaupun agak terkejut dengan pernyataan ini namun Ella seakan tahu akan kehidupan artis yang sememangnya penuh dengan kontroversi menarik.

“Cerita tentang dia muda lima belas tahun daripada saya memang tidak betul sama sekali. Takkanlah semuda itu. Dia sebenarnya sebaya dengan Ella. Itu tidak penting apa yang pasti di sini, saya sangat senang bila bersama dengannya.

“Ini kerana saya sangat selesa bila dia mengambil berat hal-hal berkaitan diri saya” ujarnya yang agak keberatan untuk menjawab pada mulanya,” katanya.

Di kesempatan itu juga, Ella turut menyatakan hubungan dengan jejaka yang tidak mahu diperkenalkan lagi itu masih dalam proses mengenal hati budi.

Hingga kini ia berjalan dengan lancar memandangkan jejaka itu tidak pernah mengganggu dalam soal keriernya.

“Setakat ini saya akui dia merupakan teman lelaki yang paling rapat dalam hidup dan faham apa yang saya lalui kini terutama sebagai seorang penghibur,” katanya.

Jadi, tidak ada spekulasi yang menyatakan mereka ini sentiasa berkepit sepanjang masa.

Lagi pun menurut Ella, buah hatinya itu tinggal di luar Kuala Lumpur jadi tidak banyak peluang untuk dia sentiasa menemaninya ketika mengadakan persembahan
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger