Home » » Edar Risalah di Premis Judi Seluruh Negara, Pemuda PAS Gerakkan Jenteranya Esok

Edar Risalah di Premis Judi Seluruh Negara, Pemuda PAS Gerakkan Jenteranya Esok

Written By canang on Selasa, 25 Mei 2010 | 5/25/2010 04:00:00 PTG

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan mula meggerakkan jenteranya esok di depan premis judi di seluruh negara bagi tujuan mengedarkan risalah membantah judi bola kepada para pengunjungnya.

Ketuanya, Nasarudin Hassan At Tantawi berkata, mereka akan ditugaskan mengedar risalah itu sehinggalah lesen judi bola ditarik semula oleh pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan bertulis hari ini, Nasaruddin berkata anggota DPPP akan melakukan tugas itu secara bergilir-gilir mengikut sif.

Selain itu, Pemuda PAS katanya menjemput semua insan yang prihatin dan anti-judi untuk membantu mengedarkan risalah itu.

Pemberian lesen judi bola sepak itu mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

Nasruddin sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demontrasi membantah pemberian lesen judi itu.

Pada minggu lepas, lima demontrasi membantah lesen judi itu diadakan serentak melibatkan negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Sementara pada Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger