LOS ANGELES: Penyanyi wanita tunggal kumpulan Black Eyed Peas, Fergie, berkata dia akan meniduri Cheryl Cole terlebih dulu sebelum rakannya, Will.I.Am berjaya berbuat demikian.
Sumber berkata, Fergie, 35, yang mengamalkan gaya hidup seksual dua pola sering mempersenda niat Will.I.Am yang mengidam berpacaran dengan penyanyi Girls Aloud itu.
“Fergie asyik bercakap kepada semua orang bahawa kemungkinan besar dia dapat meniduri Cheryl lebih awal berbanding Will.I.Am,” katanya semalam.
Kata sumber itu, memang ramai yang mentertawakan keinginan Will.I.Am menyunting isteri pemain bola sepak England dan Chelsea itu.
Apabila Fergie menyatakan pandangannya, kata sumber itu, orang ramai semakin ketawa besar.
“Cheryl pula menganggapnya amat kelakar,” katanya.
Will.I.Am, 35, pernah bekerjasama menghasilkan album Cheryl, 3 Words pada 2009.
Beberapa hari lalu, akhbar tabloid Amerika Syarikat melaporkan, Will.I.Am menganggap Cheryl sebagai wanita tercantik di dunia.
Justeru, katanya, dan tidak dapat menerima hakikat bagaimana suami penyanyi itu tergamak berlaku curang kepada Cheryl.
Media juga melaporkan, anggota kumpulan Black Eyed Peas turut mempersenda pengalaman Will.I.Am menghabiskan masa bersama Cheryl.
Cheryl, 26, semakin akrab dengan Fergie selepas dia membantu Black Eyed Peas dalam siri konsert jelajah Eropah baru-baru ini.
Fergie dan Cheryl juga dilaporkan bertambah intim selepas kedua-dua mereka berbincang dari hati ke hati.
Ketika Cheryl di ambang perceraian rasmi dengan Ashley Cole, Fergie pula memperbaharui ikrar perkahwinannya dengan pelakon Transformer, Josh Duhamel, 37, walaupun aktor itu dilaporkan pernah curang. - Agensi
Home »
» Fergie yakin mampu tiduri Cheryl
Fergie yakin mampu tiduri Cheryl
Written By canang on Ahad, 9 Mei 2010 | 5/09/2010 05:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan