Home » » Gadis kecewa, malu dituduh bergambar bogel

Gadis kecewa, malu dituduh bergambar bogel

Written By canang on Selasa, 4 Mei 2010 | 5/04/2010 06:00:00 PTG

PENGKALAN HULU: “Saya berani bersumpah saya tidak pernah bergambar bogel atau lucah,” kata Sufina Baharom, 17, yang kecewa kerana dituduh bergambar bogel dan mendakwa gambar berkenaan tersebar luas sehingga ke Kuala Lumpur.
Sufina dari Kampung Bukit Buloh ketika ditemui, mendakwa gambar itu bukan dirinya, tetapi secara kebetulan wajahnya sama dengan perempuan dalam keadaan bogel itu.

Sufina mendakwa sepasang suami isteri yang tinggal di kampung itu bertanggungjawab mengedar gambar bogel berkenaan menerusi khidmat pesanan multimedia (MMS) sejak dua bulan lalu.

“Mereka turut meyakinkan penduduk kampung bahawa perempuan yang beraksi bogel di dalam gambar itu adalah saya. “Saya tidak tahu apa tujuannya dia berbuat demikian sehingga saya dan keluarga menanggung malu,” katanya.

Katanya, berikutan kejadian berkenaan ramai penduduk kampung menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya dengan memanggil jalang, bohsia dan perempuan murahan.

Akibat dakwaan itu, dia menerima tidak kurang 30 SMS yang mencemuh, malah ada bertindak kasar memaki-hamun dan mencarut tanpa mengetahui situasi sebenar.

Katanya, dia menerima gambar lucah dikirim seorang individu mendakwa ia gambar dirinya.

“Ada juga individu menghantar SMS dengan perkataan memalukan dan sinis. Saya tidak tahu apa tujuan penyebaran gambar lucah itu tetapi saya percaya perbuatan itu fitnah terancang untuk memalukan keluarga kami,” katanya sedih. Sementara itu, ibu Sufina, Foziah Shuib, 36, berkata dia percaya gambar itu mungkin diambil dari luar negara atau melalui Internet dan tujuan penyebaran gambar berkenaan berkemungkinan supaya penduduk kampung membenci keluarganya.

“Selepas kami amati gambar itu, saya yakin ia bukan anak saya dan saya tahu anak saya tidak melakukan perkara memalukan,” katanya.


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger