Home » » Giliran Messi goda Cheryl

Giliran Messi goda Cheryl

Written By canang on Rabu, 19 Mei 2010 | 5/19/2010 05:00:00 PTG

SELEPAS peninju Britain, Amir Khan, kini muncul pula bintang bola sepak Barcelona asal Argentina, Lionel Messi menggoda isteri pemain pertahanan Chelsea dan England, Ashley Cole, Cheryl.
MESSI...dakwa lelaki Argentina lebih memahami wanita.
 bersedia cari pengganti Cole.CHERYL...sudah bersedia cari pengg
MESSI...dakwa lelaki Argentina lebih memahami wanita.
CHERYL...sudahanti Cole.
Messi minggu lalu mendesak penyanyi berkenaan menyokong Argentina dalam kempen Piala Dunia di Afrika Selatan dengan alasan pemain negara Amerika Selatan itu lebih memahami cara melayani wanita berbanding pemain Inggeris.

Messi berkata, negaranya juga memiliki lebih ramai lelaki yang jauh lebih tampan jika dibandingkan dengan Ashley Cole.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar The Sun, Messi berkata: "Saya tidak fikir Cheryl wajar menyokong Inggeris memandangkan saat ini dia mempunyai masalah dengan pemain pasukan itu.

"Jika dia inginkan sebuah negara baru untuk disokong pada Piala Dunia bulan depan, dia harus menimbangkan Argentina.

"Kami lebih kreatif dalam bermain bola sepak. Kami memiliki pemain lebih tampan dan jejaka Argentina amat memahami cara untuk membahagiakan wanita.

Messi turut menyuarakan harapan Cheryl sudi mengambil bahagian untuk berpesta bersama rakyat Argentina jika pasukan negara itu muncul juara Piala Dunia
"Saya percaya Cheryl tidak keberatan. Saya yakin dia akan menari Tango bersama kami. Saya percaya tidak seorang pun anggota pasukan Argentina akan keberatan untuk mengajarnya menari." Perang psikologi telah dimulakan oleh Messi terhadap England. Dalam setiap kejuaraan Piala Dunia, England dan Argentina selalunya terlibat dalam persaingan sengit, lebih-lebih lagi selepas Perang Falkland dan perlawanan membabitkan Maradona dengan 'TanganTuhannya'.

Bagaimanapun, penyanyi kumpulan Girls Aloud itu mempunyai banyak pilihan untuk mencari pengganti Cole selepas dia tersenarai sebagai antara wanita paling cantik dan seksi yang diadakan beberapa media sebelum ini.
Satu sumber berkata, Cheryl baru-baru ini memberitahu kumpulan penari yang mengiringi konsertnya, dia kini sudah bersedia untuk mencari kekasih baru.

"Seks adalah perkara terakhir dalam hatinya ketika dia mula berdepan dengan masalah rumah tangga dengan Cole. Tetapi kini, dia sudah berjaya mengatasi masalah itu dan dia bersedia menerima kemunculan orang baru dalam hidupnya," kata sumber itu.

Dan sudah tidak menjadi rahsia lagi antara lelaki yang mungkin dapat mengisi kekosongan itu ialah Will.I.Am dari kumpulan Black Eyed Peas, yang nyata amat meminati Cheryl.

Mereka bekerjasama menghasilkan album solo Cheryl pertama, 3 Words. Hubungan intim mereka semakin terserlah apabila penyanyi rap itu secara terbuka berkata, hubungannya dengan Cheryl sudah mendapat restu bintang pop berkenaan, Joan.

Dia memberitahu majalah Now: "Joan percaya saya. Dia mahu saya menjadi budak baik yang akan menjaga anaknya

"Dia tahu saya membantu Cheryl sejak kebelakangan ini dan saya yang membuat Cheryl kembali tersenyum. Saya gembira dapat melakukan tugas itu." Pemerhati berkata, jika Cheryl dan penyanyi rap itu menjadi pasangan kekasih, ia akan menjadi permulaan bagi satu lagi pasangan selebriti baru dalam dunia hiburan.

Dalam pada itu, peminat memberi Cheryl memberi amaran akan memulaukan muziknya jika dia kembali kepada Cole yang curang.

Dalam soal selidik yang dilakukan oleh www.MyCelebrityFashion.co.uk, 76 peratus wanita Britain berkata, penyanyi itu akan kehilangan rasa hormat mereka terhadapnya dan 44 peratus daripada jumlah itu berkata, mereka akan berhenti membeli albumnya.

Seramai 62 peratus responden percaya, karier Cheryl akan terjejas jika pasangan itu kembali sebagai suami isteri 48 peratus yakin Cheryl akan menjadi model buruk bagi wanita muda.

Peminatnya sebaliknya berkata, mereka lebih suka Cheryl melihat dia bercinta dengan Will.I.Am.

Ada juga peminat yang mencadangkan Cheryl menjalinkan hubungan dengan bekas suami katie Price, Peter Andre, Putera Harry atau Robert Pattinson.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger