Home » » GRO Laos manja:Wanita seksi jadi pelaris restoran, boleh tempah layan seks

GRO Laos manja:Wanita seksi jadi pelaris restoran, boleh tempah layan seks

Written By canang on Jumaat, 14 Mei 2010 | 5/14/2010 05:00:00 PG

KOTA BHARU: Segelintir pengusaha restoran di negeri ini dikesan sanggup menggunakan wanita seksi dari negara jiran kononnya sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di premis niaga mereka dalam usaha menarik kehadiran pelanggan.
Selain manja ketika melayani pelanggan, GRO terbabit dipercayai turut bersedia diajak beraksi di ranjang, jika ada pelanggan berminat dengan khidmat sampingan ditawarkan mereka.
Walaupun setakat ini, kegiatan GRO dianggap tidak serius di Kelantan yang tersohor dengan Serambi Makkah, namun ia dikesan mula menular di kalangan pengusaha restoran yang menjadikan mereka sebagai pelaris.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Kelantan, Malik Zaliman Deraman, berkata setakat ini, pihaknya sudah menahan 60 GRO warga asing menerusi beberapa operasi di seluruh negeri.

Beliau berkata, penggunaan GRO di negeri ini dilihat baru menular terutama di restoran berkonsepkan hiburan yang dikendalikan pihak tertentu bertujuan menarik lebih ramai pengunjung.

"Berdasarkan pemeriksaan, kita tidak menolak kemungkinan pelayan terbabit adalah umpan untuk kegiatan yang tidak bermoral di sebalik khidmat melayan pelanggan di premis terbabit.
"Setakat ini wanita yang ditahan kebanyakannya adalah dari Thailand dan Laos. Kita sedang mengenal pasti laluan masuk yang digunakan mereka, sama ada secara sah atau haram merentasi Sungai Golok.

"Kita yakin mereka ini dibawa masuk pihak tertentu untuk terbabit dalam kegiatan tidak bermoral termasuklah menawarkan khidmat seks dengan bayaran tertentu," katanya di sini, semalam.

Dalam operasi terbaru yang dilakukan mulai jam 10 malam kelmarin hingga 6 pagi semalam, Imigresen Kelantan menahan 54 warga asing termasuk empat GRO warga Thailand.

Semua warga asing itu ditahan menerusi sembilan serbuan berasingan di sekitar Kota Bharu membabitkan pemeriksaan terhadap empat pusat hiburan, tiga rumah dan sebuah tapak binaan serta kedai runcit.

Malik Zaliman berkata, mereka yang ditahan merangkumi warga Thailand, Indonesia, Bangladesh dan Kemboja yang didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

"Kesalahan yang biasa direkodkan adalah tiada permit kerja, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta melanggar syarat pas.

"Sejurus ditahan, mereka dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah sebelum tindakan selanjutnya diambil," katanya.

Dalam perkembangan sama, Malik Zaliman berkata, setakat ini 30 majikan disiasat kerana mengaji pekerja warga asing tanpa mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Imigresen.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger