Home » » Guru wanita belasah murid di sekolah

Guru wanita belasah murid di sekolah

Written By canang on Jumaat, 14 Mei 2010 | 5/14/2010 05:00:00 PTG

HOUSTON - Seorang guru wanita Amerika Syarikat, Sheri Davis dipecat selepas rakaman video YouTube menunjukkan dia membelasah seorang murid lelaki, Isaiah Johnson, 13, di kelasnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku pada bulan lalu dan klip selama seminit yang disiarkan di laman perkongsian video itu dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera oleh seorang murid lain di Sekolah Jamie's House Charter di sini.

Guru besar sekolah di Texas itu, David Jones berkata, guru yang berusia 40 tahun dan berkhidmat selama tiga tahun itu sudah dipecat walaupun dia memohon maaf kepada ibu budak tersebut, Alesha Johnson.

Polis telah melakukan siasatan ekoran bantahan masyarakat tempatan selepas stesen televisyen Fox News menyiarkan rakaman berkenaan.

Menurut ibu murid itu, kejadian itu berlaku kerana guru tersebut tersilap sangka bahawa anaknya mahu memukul seorang murid lain.

Dia berkata, anaknya balik ke rumah dengan muka lebam sebelum menceritakan kejadian tersebut kepadanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger