Nampaknya, ekoran daripada rayuan seniwati Azean Irdawaty di akhbar, supaya diberi peluang untuk berjumpa anak lelaki tunggalnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim yang telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak di Muar, Johor tertunai juga, mengikut laporan Berita Harian hari ini - 'Azean kecewa diberi tempoh dua jam ke Muar'.
Malangnya, ada syarat yang dikenakan, dimana Kak Yan sekeluarga perlu sampai ke pusat tahanan tersebut sebelum tamat waktu kerja pada 4 petang. Dan kebenaran itu hanya diberikan kira-kira 2 petang.
Dari KL, Kak Yan dan keluarga bergegas ke Muar tetapi dek kerana sesat ketika mencari pusat tahanan itu, mereka hanya sampai jam 5 petang. Seperti yang boleh dijangka, mereka tidak dibenarkan bertemu Benjy.
Jangan pertikaikan keputusan
Dalam akbar Berita Harian juga - 'Perintah hantar Benjy untuk jalani proses pemulihan' - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop memberitahu, keputusan tahanan dua tahun Benjy di Pusat Pemulihan Akhlak Muar adalah untuk membantu memulihkannya.
Abu Seman juga dipetik berkata perkara ini tidak perlu dipertikaikan "kerana keputusan dibuat mengikut saluran perundangan dan prosedur".
Home »
» Kak Yan Lewat Sejam, Gagal Temui Benjy
Kak Yan Lewat Sejam, Gagal Temui Benjy
Written By canang on Jumaat, 7 Mei 2010 | 5/07/2010 11:59:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan