Sempena sambutan Hari Pekerja, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani menyeru Kerajaan Pusat untuk melihat semula tuntutan kesatuan sekerja yang selama ini diketepikan.
Di kala suasana ekonomi pulih seperti yang diwar-warkan media arus perdana, adalah wajar untuk kerajaan mempertimbangkan perlaksanaan skim gaji minima dan meningkatkan elaun saraan hidup, serta mewujudkan tabung pemberhentian pekerja bagi menjamin kebajikan mereka yang menjadi mangsa pemberhentian besar-besaran.
Abdullah Sani menjelaskan kesatuan sekerja mahu gaji minima dinaikkan ke RM1500, sesuai dengan kos sara hidup hari ini. Kerajaan juga dicadangkan menyelaraskan semula takat garis kemiskinan, serta mendesak golongan majikan memansuhkan polisi gaji murah.
Antara lain yang perlu diberi perhatian untuk mengiktiraf kewujudan kesatuan sekerja meliputi semua sektor, serta pendaftaran automatik para pekerja sebagai ahli kesatuan.
Kerajaan digesa untuk tidak melihat tuntutan ini sebagai anti-perniagaan, sebaliknya memahami bahawa saranan-saranan ini menyumbang kepada mobiliti pekerjaan yang lebih dinamik dan berdaya-saing.
Abdullah menjelaskan golongan pekerja perlu diberi pemberdayaan sewajarnya terutama menghadapi kemungkinan kerajaan melaksanakan pakej Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST tidak lama lagi.
“Kerajaan tidak serius, dia tidak prihatin dan dia tidak mendalami fenomena yang berlaku dalam hak pekerja di negara ini. Yang ada ini tidak menunjukkan keperimanusiaan pun, mereka tidak fikir secara serius untuk memberi faedah kepada rakyat dan yang ada ini pun tidak mampu diselesaikan malah ditambahkan lagi dengan hak-hak lain yang akan dirampas dari pekerja, ini adalah satu perkara yang cukup menyeksakan pekerja,” katanya.
Kerajaan juga diminta bertindak keatas majikan yang mengenepikan pekerja tempatan untuk pekerja asing. Pengimportan pekerja asing secara besar-besaran juga boleh ditangani jika kerajaan memutihkan ribuan pendatang asing yang ditahan di pusat-pusat tahanan.
Abdullah juga menyarankan kerajaan supaya berhati-hati meluluskan pindaan keatas Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Antara yang pindaan yang dicadangkan kerajaan BN adalah pemecatan pekerja tidak lagi boleh dicabar di mahkamah, majikan diberi kuasa untuk menidakkan cuti mingguan, memberi kuasa kepada majikan untuk mengubah waktu rehat mingguan sewenangnya dan memberi kuasa kepada majikan untuk memaksa wanita bekerja sehingga ke lewat malam.
“Masalah kita ini ialah apabila pemimpin kita ini tidak reti hendak mentadbir, ambil acuan orang, ambil corak pentadbiran orang tetapi kalau baik pentadbiran orang itu boleh diikuti masalahnya semua yang buruk diambil oleh kerajaan," katanya.
Home »
» Kerajaan Disaran Jangan Abai Tuntutan Pekerja
Kerajaan Disaran Jangan Abai Tuntutan Pekerja
Written By canang on Ahad, 2 Mei 2010 | 5/02/2010 07:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan