Home » » Kerajaan Kuwait Kagum Operasi Universiti Antarabangsa Al Madinah

Kerajaan Kuwait Kagum Operasi Universiti Antarabangsa Al Madinah

Written By canang on Sabtu, 8 Mei 2010 | 5/08/2010 08:30:00 PG

SHAH ALAM : Kerajaan Kuwait gembira dengan pencapaian Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) sepanjang lebih dua tahun beroperasi di Selangor dan memberi jaminan untuk membantu meningkatkan kualiti universiti berkenaan.

Hal ini disuarakan wakil Kementerian Kuwait, Fared Ismadi yang melakukan lawatan kerja di MEDIU bertempat di Plaza Masalam, Seksyen 9 Shah Alam

Ia adalah universiti antarabangsa yang berpusat di Malaysia , memiliki kira-kira 2,000 pelajar termasuk 400 daripadanya rakyat Malaysia melalui kaedah persidangan video.

Antara kursus yang ditawarkan ialah Sains Islam mencakupi bidang Usul Fiqh, Hadis, Ulum Al Hadis, Sains Al-Quran, Dakwah dan Usuluddin, baik di peringkat Sarjana Muda mahupun sarjana.

Fareed melabel universiti ini sebagai univesriti wakaf kerana ia berteras kebajikan dan kemasyarakatan serta tidak mendahulukan keuntungan,

Dalam lawatan ini beliau menyarakan rasa terkejut dengan pencapaian universiti ini yang disifatkannya pantas dan berdaya maju serta sedia memberi sebarang bantuan.

“Saya terkejut dengan perkembangan universiti ini dan kerajaan Kuwait sedia memberi bantuan untuk memajukan lagi universiti ini,”
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger