Home » » Kereta Ketua Polis Selangor dicuri

Kereta Ketua Polis Selangor dicuri

Written By canang on Khamis, 6 Mei 2010 | 5/06/2010 08:30:00 PTG

SHAH ALAM: Kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dilaporkan hilang di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9 di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaludin berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.15 pagi tadi ketika kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam diletakkan di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu semasa pemandu terbabit menikmati sarapan pagi.

"Laporan polis dibuat oleh pemandu terbabit pada 10 pagi dan usaha untuk mengesan kereta itu masih dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Noor Azam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Khalid bagaimanapun tiada di tempat kejadian ketika kecurian berlaku kerana berada di Singapura atas urusan kerja. - Bernam
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger