Home » » Kes Poligami: NGO Gesa Bung Letak Jawatan Ahli Parlimen

Kes Poligami: NGO Gesa Bung Letak Jawatan Ahli Parlimen

Written By canang on Rabu, 19 Mei 2010 | 5/19/2010 08:00:00 PG

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 15 wanita mewakili Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) berkumpul di hadapan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini bagi mendesak Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar meletakkan jawatannya itu kerana telah memberi contoh yang buruk kepada masyarakat.

Dalam bantahan secara aman itu, mereka berkata bahawa Bung telah menunjukkan teladan yang buruk dan menuntut agar beliau meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen.

Bung dan isteri keduanya aktres Zizie Izette A Samad mengaku bersalah pada 20 April lalu kerana melakukan poligami tanpa persetujuan mahkamah.

Pasangan tersebut telah diikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Lima lelaki yang terlibat termasuk tiga adik- beradik Zizie yang juga mengaku bersalah di mahkamah yang sama kerana bersubahat.

Zizie dan Bung berkahwin pada 16 Disember tahun lalu di Tman Melati. Pasangan itu diwakili peguam Amli Embong.

Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad akan membuat keputusan esok bagi kesemua tujuh orang tertuduh.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger