PAS mahu Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) keenam yang bakal berlangsung di pusat konvensyen Kuala Lumpur dari 18 hingga 20 Mei ini membincangkan secara serius beberapa isu berkaitan hubungan ekonomi negara-negara Islam dengan Israel.
Ketua penerangan PAS pusat, Idris Ahmad berkata forum yang akan dihadiri ketua-ketua negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, harus melihat perkara ini sebagai isu bersama.
Menurutnya, perkara itu harus diperhalusi oleh setiap ketua-ketua negara yang kononnya menjadi kumpulan simpatisan kepada Palestin yang dizalimi Israel.
"PAS yakin umat Islam seluruh dunia menuntut keikhlasan ketua-ketua negara Islam untuk melihat apa yang dilakukan oleh regim Zionis Israel terhadap Palestin dan segera memulaukan negara haram yang tidak berdaulat itu," tegasnya.
PAS, tegas Idris, mahu pemimpin Islam secara terbuka menyatakan komitmen mereka dalam forum tersebut untuk menekan Israel, sebagaimana Israel kini melobi dengan kuatnya di Majlis Keselamatan PBB untuk menekan negara Iran yang menjadi ancaman kepada mereka.
'PAS juga mahu, negara-negara Islam menyatakan pendirian mereka terhadap isu di Iraq, Afghanistan dan terkini di Iran.
'PAS mahu, ketua-ketua negara Islam menunjukan bahawa mereka boleh bersatu mempertahankan Iran dari dikenakan sekatan ekonomi.
'Inilah masanya untuk mereka menunjukan kepada dunia bahawa mereka bukan budak suruhan Amerika," tambahnya.
PAS, tegas Idris, menanti reaksi kerajaan Malaysia dan persiapan forum itu yang memfokuskan lapan perkara melibatkan soal pelancongan, Logistik, SMEs, pengurusan air, penjenamaan, teknologi pendidikan, keusahawanan dan etika perniagaan, inovasi dan perbankan Islam.
Katanya, PAS berharap forum ini tidak menutup mata dan pemikiran mereka dari memikirkan soal kezaliman Israel terhadap Palestin.
Home »
» Ketua negara Islam digesa bersatu pertahan Iran
Ketua negara Islam digesa bersatu pertahan Iran
Written By canang on Khamis, 6 Mei 2010 | 5/06/2010 06:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan