BABAK Haliza Misbun tampil seksi dengan gaun mendedahkan sebahagian besar payudaranya dalam filem Andartu Terlampau...21 hari Mencari Suami!, bakal mencetuskan kontroversi. Apakah Haliza yang juga penerbit filem ini sengaja paparkan babak itu untuk melariskan filem itu?
Maklumlah, ini filem sulung terbitan syarikatnya, BIG Productions Sdn Bhd dan mengeluarkan bajet yang besar, RM1.2 juta, sudah tentu mengharapkan pulangan lumayan apabila ditayangkan di pawagam pada 20 Mei nanti. Namun, Haliza menafikan perkara itu. Katanya, tiada niat untuk tampil seksi seperti itu sebaliknya ada alasan sendiri. "Sebenarnya, saya tidak dapat gambaran ketika penggambaran babak itu. Saya tidak tahu jurukamera akan shoot dari atas. Seandainya, babak itu orang kata saya seksi, terus terang, saya memang tidak sengaja melakukannya. Lembaga Penapis Filem (LPF) juga meluluskan filem ini tanpa sebarang potongan," katanya ketika ditemui selepas pratonton filem ini, baru-baru ini.
Kata Haliza, sebagai bingkisan pertama, sudah pasti dia menaruh harapan tinggi terhadap filem sulungnya itu. Malah Haliza yang juga teraju utama filem itu optimis yang filem genre komedi romantik arahan Din CJ itu akan mendapat sambutan baik daripada penonton.
"Memang, filem ini menampilkan tema yang berat iaitu kisah andartu, tetapi skripnya ringkas dan mudah difahami penonton.
Cerita ini adalah luahan wanita yang bergelar andartu dan saya mewakili mereka. "Saya juga berharap peminat filem tanah air akan menerima filem ini. Idea asal memang daripada saya sendiri tapi skrip dihasilkan Sofia J Rhyland.
"Saya juga mengeluarkan kos yang tinggi untuk filem ini iaitu RM1.2 juta termasuk promosi. Jumlah ini memang besar buat saya. Mungkin masih terlalu awal untuk saya meramalkan dari segi kutipan kerana filem ini belum menjengah pawagam lagi. Sebagai penerbit, sudah pasti saya buat filem ini untuk mendapat pulangannya," katanya. Haliza yang masih bujang pada usia 37 tahun berkata, filem itu memang ada kaitan dengan dirinya sendiri yang memegang status andartu. "Saya akui, hanya 15 hingga 20 peratus cerita ini memang berdasarkan pengalaman diri sendiri. Cerita daripada pengalaman asal dan dikaitkan dengan kisah andartu lain di luar sana yang mengakui memang susah untuk mencari calon suami serasi dengan mereka. Sebenarnya, macam-macam kerenah lelaki dalam filem ini. "Kalau diberi peluang, saya nak tulis judul filem ini Kerenah Lelaki kerana ia membabitkan pengalaman semua wanita yang bergelar andartu kerana saya juga mewakili golongan andartu," katanya.
Pada masa sama, Haliza juga menegaskan dia yakin belum terlambat untuk memegang watak heroin dalam filem.
"Bagi saya persoalan ini subjektif dan percaya watak andartu memang sesuai dengan usia dan jalan cerita filem ini. Maklumlah, usia saya lagi tiga tahun mencapai 40," katanya. Bagaimanapun, Haliza mengakui dia berhadapan cabaran besar untuk merealisasikan filem berkenaan.
"Maklumlah ini filem pertama saya. Namun, pengalaman buat drama seperti Rohaya Roy sebelum ini banyak membantu saya ketika berdepan dengan masalah. Kalau nak fikir masalah, memang saya tak akan buat filem ini. "Pemilihan pelakon pula, memang rata-rata saya yang memilihnya. Contohnya, saya hendak sangat mengambil pelakon seperti Erra Fazira (Markonah), Fahrin Ahmad (Omar Shariff) dan Fizo Omar (Jeremy) berlakon dalam filem ini. Begitu juga pelakon lain yang terbabit dalam filem ini," katanya. Haliza berkata, dia ada alasan tersendiri mengapa gaun nikah yang dipakai Nik Melati Sukma @ Nikki berbeza dengan baju Melayu yang digayakan Omar Shariff (lakonan Fahrin Ahmad) dalam filem itu.
"Saya tampilkan begitu untuk menunjukkan betapa tidak serasinya Nik Melati dan Omar untuk berkahwin. Kita boleh lihat mereka tidak serasi ketika memilih baju pengantin lagi," katanya. Diminta komennya, kenapa pengarah filem itu, Din CJ tidak hadir pada prebiu filem berkenaan, Haliza berkata dia memang mengundang pengarah dan semua pelakon yang terbabit dalam filem itu untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.
"Jika mereka tidak dapat datang, saya nak buat macam mana? Saya tidak ada masalah dengan Din CJ. Apa yang saya boleh beritahu, beliau sudah beri komitmen yang bagus dengan filem ini dan saya suka hasil kerjanya ini," katanya.
Filem itu turut dibintangi Awie (Putra Aziz Al-Biruni), Azhar Sulaiman (Ayob), Datuk Rahim Razali (Dr Sheikh Muzafar), Datuk Jalaluddin Hassan (Nik Mat), Maimon Muttalib (Fatimah), Abby Abadi (Sarah), fara Fauzana, (Wulan) Nik Sayyidah, Abon, Amanda Misbun (Mandy) dan penampilan bintang Indonesia, Ari Wibowo (Dr Ryan Diprojo).
Home »
» Kontroversi:'Bukan niat saya nak seksi' dengan mendedahkan sebahagian besar payudaranya
Kontroversi:'Bukan niat saya nak seksi' dengan mendedahkan sebahagian besar payudaranya
Written By canang on Ahad, 2 Mei 2010 | 5/02/2010 08:19:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan