Bukit Kayu Hitam dikenal pasti sebagai laluan utama sindiket pemerdagangan manusia dari beberapa negara jiran kebelakangan ini.Beberapa sindiket yang dipercayai didalangi rakyat tempatan menyeludup pendatang asing dari Myanmar, terutama wanita bagi memenuhi permintaan majikan tempatan sebagai tukang urut dan pekerja ladang.
Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kedah, Mohd Noor Idris berkata, kegiatan itu bagaimanapun dapat dihidu oleh pihaknya dan sejak dari awal tahun, 27 warga Myanmar ditahan manakala empat tekong darat tempatan diberkas kerana menyeludup manusia menerusi ‘lubang tikus’ di sempadan.
Walaupun penyeludupan warga Myanmar terkawal, kawalan di sempadan terus dipertingkatkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), terutama di bahagian sempadan Pekan Danok sebagai langkah pencegahan.
“Kami masih tidak dapat mengenal pasti jumlah tangkapan membabitkan warga Myanmar untuk lima bulan pertama tahun ini tetapi tidak menolak kemungkinan berlaku peningkatan berbanding tahun lalu,” katanya.
Terbaru, UPP Bukit Kayu Hitam berjaya menahan lima wanita dan empat kanak-kanak, kesemuanya warga Myanmar serta seorang tekong darat kerana cubaan menyeludup manusia di kawasan Laka Temin, di sini kira-kira jam 7.15 pagi semalam.
Mohd Noor berkata, lima wanita itu berusia 15 hingga 30 tahun manakala kanak-kanak pula tiga bulan hingga sembilan tahun. Tekong warga tempatan itu berusia 31 tahun.
“Hasil soal siasat mendapati mereka datang dari arah pagar sempadan dengan tidak melalui pos kawalan serta dipercayai akan dihantar ke Pulau Pinang untuk bekerja sebagai tukang urut dan pekerja kedai makan.
“Mereka akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 55(E) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002,” katanya.
Mohd Noor turut meminta PGA meningkatkan kawalan di kawasan sempadan untuk membendung kegiatan itu.
“Kawalan di kawasan sempadan dua negara perlu dipertingkatkan segera bagi mengelakkan kegiatan ini menjadi trend,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan