Home » » Lesen Judi Bola Sepak Bawa Kesan Negatif Kepada Generasi Muda

Lesen Judi Bola Sepak Bawa Kesan Negatif Kepada Generasi Muda

Written By canang on Sabtu, 22 Mei 2010 | 5/22/2010 11:00:00 PTG

KUALA LUMPUR: Lesen judi untuk bola sepak Piala Dunia yang diberikan kepada sebuah syarikat tempatan akan membawa kesan negatif bukan sahaja terhadap generasi muda tetapi juga mutu sukan di negara ini terutama bola sepak.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan At-Tantawi berkata langkah kerajaan membenarkan pertaruhan bola sepak itu akan hanya menyebabkan generasi muda terutama golongan remaja yang tidak pernah berjudi tercebur dalam kegiatan perjudian.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat ke-12 Dewan Pemuda PAS Pusat di sini hari, beliau berkata apa yang dibimbangi ialah golongan remaja akan terpengaruh dengan tabiat berjudi sehingga boleh menghancurkan masa depan mereka.

Oleh itu, katanya kerajaan perlu mengambil langkah segera menarik balik pemberian lesen judi itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilapor berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. - BERNAMA

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger