Home » » Levi pekerja asing naik

Levi pekerja asing naik

Written By canang on Sabtu, 22 Mei 2010 | 5/22/2010 02:00:00 PTG

PUTRAJAYA - Kerajaan bercadang menaikkan kadar levi pekerja asing mengikut sektor mulai tahun depan dalam usaha mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kadar itu akan ditetapkan secara berbeza-beza mengikut tahap kemahiran pekerja terbabit serta jumlah pekerja asing dalam sesuatu sektor pekerjaan.

"Kita akan teliti mengikut sektor pekerjaan seperti pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, perladangan dan pertanian. Ini bermakna kadar levi akan berbeza mengikut sektor-sektor dan juga daripada jumlah peratusan pekerja yang ada. Lagi besar (ramai) pekerja, mungkin lebih besar levi.

"Selain itu berdasarkan kepada kelayakan. Kalau ada kelayakan (kemahiran), mungkin dia tidak dikenakan levi tinggi tetapi jika tiada kelayakan atau pekerja biasa, maka majikan kena bayar (levi) lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sini semalam.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Muhyiddin berkata, Hishammuddin diberi tempoh dua minggu bagi meneliti cadangan kenaikan kadar levi pekerja asing itu yang merupakan antara 50 cadangan yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger