Home » » Lima bermain bola mati ditembak

Lima bermain bola mati ditembak

Written By canang on Rabu, 5 Mei 2010 | 5/05/2010 10:30:00 PG

RAYA MEXICO: Lelaki bersenjata memandu ke sebuah padang bola dan menembak mati lima lelaki ketika mereka sedang bermain awal pagi kelmarin berhampiran pusat percutian pantai Pasifik di Acapulco, kata polis di selatan Mexico.

Tidak jelas mengapa lima lelaki terbabit bermain awal pagi, namun rantau Guerrero sering mengalami cuaca panas dan kering pada siang sehingga penduduk menunggu malam yang lebih sejuk untuk bersukan. Ramai penduduk rantau itu juga bekerja waktu luar biasa dalam industri pelancongan tempatan.
Lelaki terbabit bermain di perkampungan Xaltianguis, di pinggir utara Acapulco, apabila lelaki bersenjata menaiki tiga kenderaan berhenti di tepi padang dan melepaskan tembakan.
Dua daripada mangsa yang maut dikenal pasti sebagai lelaki tempatan berusia 25 dan 34 tahun. Tiga lagi mangsa tidak dikenal pasti.

Tiada maklumat segera terhadap motif serangan. Bagaimanapun, kawasan sekitar Acapulco dilingkari pertelingkahan berdarah antara anggota kumpulan pengedar dadah Beltran Leyva
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger