KUALA LUMPUR – Badan Pemantau Bebas Pilihan Raya (Mafrel) tidak menafikan dakwaan pernah menerima dana daripada sumber asing iaitu Amerika Syarikat dan Finland untuk membiayai operasi mereka di negara ini.
Presidennya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, walaupun Mafrel menerima dana asing, ia tidak bermakna Mafrel boleh digelar ‘ejen luar’ seperti yang didakwa sesetengah pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Dana tersebut sebenarnya diperoleh Mafrel untuk memantau Pilihan Raya Umum 2008 lalu, tetapi perjanjian tidak termasuk dengan pilihan raya kecil.
“Dana itu juga kami gunakan untuk melatih petugas kami untuk memantau pilihan raya, sebagai balasannya, kami akan serahkan laporan kepada pemberi dana tersebut,” katanya pada sidang media di pejabat Mafrel di sini, semalam.
Syed Ibrahim turut mendedahkan jumlah dana yang diterima Mafrel dari Pejabat Kedutaan Finland dan Institut Antarabangsa Parti Republikan mencecah sehingga AS$50,000 (RM170,000).
“Dana asing sebenarnya pilihan terakhir kami, memandangkan kami sehingga sekarang masih menunggu kelulusan kewangan daripada kerajaan.
“Oleh kerana kami melalui pelbagai prosedur yang memakan masa yang lama, akhirnya kami memilih untuk menggunakan sumber lain,” katanya.
Home »
» Mafrel nafi jadi ejen, akui terima dana asing
Mafrel nafi jadi ejen, akui terima dana asing
Written By canang on Jumaat, 7 Mei 2010 | 5/07/2010 02:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan