Home » » Mahkamah Tolak Permohonan Sivakumar, Tiga Adun Kekal Kerusi

Mahkamah Tolak Permohonan Sivakumar, Tiga Adun Kekal Kerusi

Written By canang on Selasa, 25 Mei 2010 | 5/25/2010 02:00:00 PG

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang disingkirkan, V Sivakumar, untuk mengenepikan keputusan membenarkan tiga ADUN yang keluar parti menjadi wakil Bebas mengekalkan kerusi masing-masing.

Sivakumar dalam permohonannya berkata keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dibuat tanpa kuasanya dan mahu keputusan itu dibatalkan.

Penghakiman pada 9 April itu menafikan bahawa kerusi tiga ADUN yang berpaling tadah itu yang diisytiharkan kosong oleh Sivakumar supaya pilihan raya kecil boleh diadakan.

Keputusan panel tiga hakim hari ini juga mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa mutlak mengisytiharkan kerusi berkenaan kosong. (Malaysiakini)

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger