BERKSHIRE England - Seorang penyelidik di Universiti Reading menjadi manusia pertama dijangkiti virus komputer.
Virus itu menjangkiti cip khas yang ditanam pada ibu jari kiri Dr Mark Gasson tahun lalu dan kemudian menular ke komputer di makmal tempat dia bekerja.
"Dari sana, virus ini dijangka merebak ke semua cip komputer yang terdapat pada kad akses yang digunakan untuk memasuki bangunan ini," kata Mark.
Jangkitan virus komputer itu adalah sebahagian daripada kajian untuk meneliti bagaimana cip komputer yang menggunakan frekuensi radio boleh menjadi punca penyebaran virus teknologikal.
Menurut Mark, manusia kini banyak bergantung pada peralatan bionik berteknologi tinggi dan kesemuanya perlu dilihat sebagai komputer kecil.
"Sebagaimana komputer diserang virus, cip bionik juga boleh mengalami masalah sama," katanya.
Home »
» Manusia pertama dijangkiti virus komputer
Manusia pertama dijangkiti virus komputer
Written By canang on Ahad, 30 Mei 2010 | 5/30/2010 04:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan