MADRID - Nama Diego Milito menjadi sebutan selepas membantu Inter Milan menewaskan Bayern Munich 2-0 pada final Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.
Penyerang Argentina yang digelar sebagai 'Putera Raja' di Itali itu bakal diiktiraf sebagai 'Raja' setelah mempamerkan ketenangan ketika meledak dua gol penting pada minit ke-34 dan 70 itu.
Milito, 30, sebelum ini turut muncul wira ketika menjaringkan gol kemenangan Inter pada final Piala Itali awal bulan ini dan juga perlawanan terakhir Serie A bertemu Siena minggu lalu.
Namun, Milito yang terkenal dengan sifat pemalunya berkata, dia tidak akan dapat melakukan semua itu dengan seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan sepasukan.
"Kegembiraan seperti ini tidak pernah saya lalui sebelum ini. Saya cukup gembira bersama pemain-pemain Inter yang lain kerana kejuaraan ini yang cukup kami mahukan.
"Kami sangat gembira dan kejayaan ini cukup unik serta penuh sensasi. Tentang masa depan saya bersama Inter, tunggu dan lihat," kata Milito.
Milito yang meledak empat gol dalam 21 penampilan antarabangsa juga telah tersenarai dalam skuad Argentina bimbingan Diego Maradona untuk saingan Piala Dunia 2010 bulan depan.
Dia baru saja menyertai Inter awal musim ini dari pasukan pertengahan Serie A, Genoa
Home »
» Milito diiktiraf sebagai 'Raja' di Itali
Milito diiktiraf sebagai 'Raja' di Itali
Written By canang on Isnin, 24 Mei 2010 | 5/24/2010 08:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan