Kata orang, rezeki itu ada di mana-mana saja. Dalam kes Nabil Zamanhuri, walaupun tidak dapat menyertai teman-teman lain ke pertandingan World Stars Road To Hollywood 2010 pada Julai nanti, itu tidak bermakna rezekinya terputus begitu saja.
Baru sebentar tadi, ibu Nabil berkongsi dengan GUA dalam satu SMS, berita kejayaan anaknya di '11th Pan Asia Music Festival 2010' yang telah berlangsung di Beijing, China.
Nabil mendapat tempat kedua dalam kategori Lagu Asal Terbaik untuk lagu "Dari Jauh", ciptaan Lah Ahmad dan Nabil sendiri. Yang lebih membanggakan, naib juara Mentor musim pertama itu juga memenangi gelaran 'Asia Most Promising & Potential Singer'.
Satu pencapaian yang membanggakan memandangkan Nabil terpaksa bersaing dengan 30 peserta lain dari negara-negara seperti China, Kanada, Australia, Thailand dan Finland.
Nabil kini menyertai nama-nama seperti Dato' Siti Nurhaliza, Shila, Jaclyn Victor, Deja Moss, Liza Hanim dan Misha Omar yang telah mengharumkan nama negara di pertandingan yang sama.
Pemilihan Nabil ke festival tersebut adalah atas cadangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Home »
» Nabil Dinobatkan Artis Harapan Asia
Nabil Dinobatkan Artis Harapan Asia
Written By canang on Khamis, 6 Mei 2010 | 5/06/2010 10:44:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan