Home » » "No Komen, Tanya Hakim,"

"No Komen, Tanya Hakim,"

Written By canang on Khamis, 20 Mei 2010 | 5/20/2010 08:00:00 PG

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dipenjara satu bulan dan didenda seribu ringgit atas kesalahan kahwin poligami dengan seorang pelakon wanita tanpa kebenaran dari isteri pertama dan mahkamah syariah.

Namun jauh daripada mengambil sikap kesal atas tindakannya melanggar undang-undang syariah Selangor, Bung Moktar berkata beliau tidak mempunyai sebarang pendapat mengenai hukumannya itu.

Ahli parlimen itu berjaya menangguhkan hukuman penjara itu sehingga beliau merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.

Ahli politik veteran dari parti Umno yang berumur 51 tahun ini mengkhawini isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Samad disember lalu di Petaling Jaya tanpa kebenaran isteri pertama dan tanpa kelulusan mahkamah syariah.

Zizie adalah 20 tahun lebih muda daripada Bung Moktar.

Seperti minggu lalu, sekumpulan aktivis wanita turut menghadiri sidang mahkamah hari ini untuk mendengar hukuman yang bakal dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Syariah Gombak Timur, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Bung Moktar dan isterinya didapati bersalah mengikut pemakaian Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 di bawah seksyen 124 dan 134 (subahat poligami).

Selain denda dan hukuman penjara ke atas Bung Moktar, Zizie dikenakan denda seribu ringgit atau enam bulan penjara atas tuduhan bersubahat.

Hukuman sama dikenakan ke atas tiga adik beradik Zizie iaitu Ahmad Shahazmi, Sazmy Fuzette dan Saheizy Sam. Dua rakan Bung Moktar iaitu Sahari Ahmad, Titing Putang turut dikenakan hukuman sama atas peranan mereka dalam perkahwinan poligami berkenaan.

Dalam memberi keputusannya Hakim Wan Mahyuddin menegur pasangan ini kerana gagal menunjukkan contoh yang baik kepada orang ramai walaupun menjadi ikon awam.

Namun ini reaksi Bung Moktar kepada teguran itu.

“Tiada komen, siapa boleh baca perasaan orang, saya pun tidak tahu apa perasaan awak, tiada komen, nanti saya bohong saya punya perasaan,” katanya.

Yang penting bagi Bung Moktar ialah beliau tidak masuk penjara atas kesalahan berpoligami secara haram. Justeru ahli parlimen ini memohon untuk ditangguhkan hukuman sementara beliau membuat rayuan kerana mahkamah yang lebih tinggi.

Permohonan itu dibebaskan dan Bung Moktar dibebaskan dengan jamin seribu ringgit sementara menunggu hasil rayuannya itu.

Peguamnya, Amli Embong berkata beliau akan memfailkan rayuan itu dalam masa terdekat.

“Mahkamah telah membenarkan permohonan, jadi kita terpaksa menunggu satu proses kes rayuan.
“Kita akan memfailkan secepat mungkin dan kita diberi masa mengikut undang-undang dalam masa 14 hari untuk failkan notis rayauan,” katanya.

Walaupun lantang di Parlimen ketika berbahas atas apa sahaja isu, Bung Mokhtar yang juga terkenal kerana sering mengejek ahli parlimen wanita dari pembangkang, mengambil pendirian yang jauh berbeza ketika mengulas kesnya sendiri.

“Tak nak komen la, awak tanya hakim,” katanya.

Selain teguran oleh hakim di dalam mahkamah, Bung Moktar turut dibidas di luar mahkamah kerana meremehkan hak wanita, terutama sekali isteri pertamanya.

“Keputusan hukuman tersebut amat memberansangkan dan kami sangat gembira mendengarnya kerana dia Bung sebagai Ahli Parlimen yang dijatuhkan hukuman seperti hakim bacakan tadi telah menyampai satu mesej yang besar kepada mereka yang memegang jawatan yang besar yang sendiri terlibat dalam penggubalan undang-undang tetapi menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat di luar sana.

“Dia tidak hormat kepada wanita dan isteri pertama dan tidak menghormati undang-undang itu sendiri dan sebab itu kami protes,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger