Bulan lalu, industri hiburan tanah air kecoh dengan episod drama pergaduhan antara Nora Danish dan Fasha Sandha dalam laman sosial, Twitter.
Kesempatan bertemu dengan Nora baru-baru ini memberi ruang kepada GUA untuk bertanyakan perihal krisisnya dengan Fasha.
“Saya tak nak komen langsung tentang isu Twitter. Kebanyakan forum memasukkan komen yang menyebelahi sebelah pihak sahaja. Jadi saya tak nak komen.”
Sebelum ini, Nora pernah mencetuskan kontroversi apabila menarik diri dari drama ‘Spa Qistina’. Penarikan itu timbul gara-gara Nora tidak berpuas hati dengan pihak produksi yang dikatakan telah melanggar kontrak perjanjian, di mana Nora tidak mahu ada babak atau sebumbung di lokasi bersama Fasha.
“Saya tak pernah gaduh dengan dia. Saya tak ada apa-apa masalah pun dengan dia. Kalau tanya pasal dia, saya memang tak nak jawab. Saya tak nak ambil ‘port’ pasal dia. Kalau tanya pasal baby atau karier okay,” ujar Nora yang tidak mahu lagi dikaitkan dengan Fasha.
Bahagia dengan kehidupan sekarang
Nora mula dikenali setelah memegang watak Puteri dalam drama siri komedi, ‘Puteri’. Sejak itu, gadis kelahiran Terengganu ini mula menghiasi drama dan filem tempatan.
Menurut Nora, dia kini sibuk memenuhi tawaran berlakon. Baru saja selesai menjalani penggambaran drama ‘Arjuna’, selepas ini dia akan terlibat dengan penggambaran drama ‘3 Serumah’. Selain itu, dia turut menjadi pengacara ‘Bolly 10’ dan ‘i-Glam’.
“Ini merupakan kali pertama Nora menjadi pengacara. Sebelum ini teringin nak cuba, tapi tak berani nak ambil. Sekarang Nora dah bersedia.
“Nora juga teringin nak cuba teater. Setakat ini ada juga tawaran tapi Nora tak berani lagi,” ujarnya yang turut membuat penampilan khas dengan Sunsilk dalam program televisyen berunsur pendidikan bertajuk, ‘Alami Sentuhan Pakar’.
Kesibukan bekerja dan bergelar ibu tunggal pada usia yang muda tidak pernah menghalang Nora untuk membesarkan putera kesayangannya, Putera Rayqal Ramli, 17 bulan, dengan penuh kasih sayang.
“Walaupun sibuk dengan kerja, Nora tetap akan cuba meluangkan masa dengan Rayqal. Rayqal sekarang dah pandai cakap ‘Mummy’.
“Tak susah membahagikan masa. Zaman sekarang, semua wanita berkerjaya. Bagi Nora, tak ada masalah untuk besarkan Rayqal. Kalau Nora kerja, Nora akan hantar anak ke rumah bekas mertua. Sesibuk manapun Nora, Nora tetap akan tidur bersama Rayqal.
Home »
» Nora Danish Nafi Gaduh Dengan Fasha
Nora Danish Nafi Gaduh Dengan Fasha
Written By canang on Ahad, 9 Mei 2010 | 5/09/2010 04:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan