Home » » PAS Rancang Perluas Tapak di Sabah, Sarawak

PAS Rancang Perluas Tapak di Sabah, Sarawak

Written By canang on Rabu, 19 Mei 2010 | 5/19/2010 06:00:00 PG

KUALA TERENGGANU: PAS merancang untuk meluaskan pengaruhnya di Sabah dan Sarawak berikutan reaksi baik yang diterima parti itu sepanjang pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata PAS yakin masyarakat Sabah dan Sarawak semakin mengenali parti itu selepas melihat kempen yang dijalankannya semasa pilihan raya kecil Sibu yang berakhir pada Ahad lepas.

"Sehubungan itu, kita akan buka lebih banyak cawangan di sana (Sabah dan Sarawak)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kemenangan DAP pada pilihan raya kecil itu juga memberi keyakinan kepada PAS untuk mengukuhkan tapaknya di kedua-dua negeri tersebut.

Diminta mengulas mengenai kedudukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan menjadi liabiliti dalam pakatan pembangkang berikutan ramai pemimpinnya keluar parti, Mustafa berkata masalah itu adalah perkara biasa bagi sebuah parti baru.

"PKR bukan satu liabiliti. Biasalah, ianya parti yang masih belum stabil kerana parti baru. Macam PAS juga, mungkin bila dah lama nanti dan bila wakil rakyat yang jadi duri dalam daging semuanya dah keluar, ianya akan diterima," katanya.

Beliau juga menafikan PAS kini khususnya di Kelantan dan Kedah dilanda krisis dan berkata semua yang berlaku adalah mainan media semata-mata.

Sejak kebelakangan ini desas-desus mengatakan kerajaan Kedah yang diteraju PAS semakin goyah kerana beberapa wakil rakyat PKR didakwa akan bertindak keluar parti, sementara kerajaan PAS di Kelantan pula dilanda kemelut yang menyelubungi Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger