GEORGETOWN – Sepasang kekasih remaja dari Jelutong bukan sahaja sanggup melakukan kegiatan jenayah pecah rumah bersama, malah kedua-duanya juga positif dadah dan syabu.
Remaja perempuan yang masih bersekolah di Tingkatan Lima itu melakukan jenayah pecah rumah di sebuah kediaman di Jalan Selama bersama kekasihnya yang berumur 24 tahun serta dua rakan remajanya yang juga berumur 17 tahun.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Superitenden Gan Kok Meng berkata, pada 21 Mei lalu kira-kira jam 12.05 pagi, polis menerima aduan daripada seorang wanita Melayu lingkungan 40 an mendakwa rumahnya dimasuki pencuri.
Menurutnya, sebelum kejadian wanita itu dan keluarganya keluar makan malam pada jam 8 malam, dan setibanya mereka di rumah pada jam 11 malam mendapati keadaan rumah sudah bersepah.
“Antara barang yang didapati hilang ialah dua komputer riba jenama Acer dan Dell, dua kamera digital, jam tangan jenama Guess, rantai leher, loket emas, gelang tangan emas, cincin, dan juga termasuk duit mata wang Euro sebanyak $395.
“Kemudiannya pada 23 Mei pada jam 8.30 malam bertindak atas maklumat, tiga lelaki Melayu ditangkap di bangsal tidak bernombor di Jalan Kota Giam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Jurucakap polis juga mendapat maklumat dari seorang pengadu mendakwa dia ditawar untuk membeli komputer riba dengan harga murah, dan hasil maklumat itu membolehkan polis mengesan keempat-empat remaja yang terlibat dalam kes pecah rumah itu.
Setelah menahan tiga suspek lelaki, pihak polis di bawa ke rumah seorang lagi suspek perempuan yang menyimpan dua komputer riba berkenaan di rumah.
Kok Meng berkata, polis berjaya menemui semula 80 peratus barangan wanita Melayu itu antaranya dua komputer riba, kamera jenama Olympus, rantai leher, loket, dan kerongsang lama.
“Kesemua rampasan bernilai RM9,000 dan kerugian yang dianggarkan pada mulanya ialah sebanyak RM12,000 tetapi kami masih menjalankan siasatan untuk mendapatkan semua barangan curi itu.
“Empat remaja berkenaan sebelum ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemuanya direman sehingga 26 Mei ini mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun atau denda,”
Home »
» Pasangan Dua sejoli
Pasangan Dua sejoli
Written By canang on Khamis, 27 Mei 2010 | 5/27/2010 10:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan