Home » » Pelakon sensasi Anggotai Jawatankuasa BN Perak

Pelakon sensasi Anggotai Jawatankuasa BN Perak

Written By canang on Selasa, 25 Mei 2010 | 5/25/2010 06:00:00 PG

IPOH: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah antara tiga muka baru dari MCA yang dipilih bagi menganggotai Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional (BN) Perak sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Selain Dr Chua yang juga Pengerusi Perhubungan MCA Perak, dua lagi yang dipilih ialah Setiausaha MCA Perak Datuk Tan Chin Meng dan Naib Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Mah Hang Soon.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pemilihan tiga muka baru ini akan memantapkan lagi BN bagi menghadapi PRU 13 nanti.

"Kesemua barisan jawatankuasa yang ada pada masa ini berpengalaman di peringkat nasional dan saya yakin pemilihan mereka bertepatan sekali.


"BN Perak yakin gerak kerja yang disusun untuk menghadapi pilihan raya umum itu kelak akan menjadi mantap dan kukuh," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat BN di sini hari ini.

Dr Zambry berkata seorang lagi wakil MCA yang menduduki jawatankuasa tersebut ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha. - BERNAMA
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger