Home » » 'Pornthip penipu': Nazri bebas hina mahkamah

'Pornthip penipu': Nazri bebas hina mahkamah

Written By canang on Sabtu, 22 Mei 2010 | 5/22/2010 04:00:00 PG

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini menolak permohonan keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

teoh beng hock inquest 070809 azmil muntapha abbas.jpgMenurut koroner, Azmil Muntapha Abas (kiri, bertali leher) kenyataan yang dibuat oleh Nazri itu adalah “pandangan peribadinya”.

Beliau turut berpendapat, tiada bukti menunjukkan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk campur tangan dalam prosiding inkues menyiasat punca kematian Beng Hock

Keputusan itu berikutan komen Nazri yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada bulan lalu, di mana beliau melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor itu sebagai “penipu”.

Ia berhubung penjelasan Pornthip mengenai keenggannya untuk ke Kuala Lumpur menyambung memberi keterangan kerana bimbangkan keselamatannya.

Pada 11 April lalu, Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia untuk menghadiri inkues tersebut.

NONEBeliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Berikutan itu, peguam Karpal Singh memfailkan permohonan itu bagi pihak abang Teoh, Meng Kee – bagi memenjarakan Nazri kerana kenyataannya yang mendakwa pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai "penipu".

Usul itu difailkan melalui firma guaman Karpal Singh & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam dan dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak kira ni penipu, cuma I would say semua ni sudah dipepolotikkan. Yang berkuasa cuba mengawal dan fakta yang sebenarnya telah diterbalikkan. Amat nyata la, saya tidak percaya media lagi, semua ni kerja autoritarian, yang penting bagaimanakah perspective kita untuk menilai itu bukan dengan percakapan kopitiam cam uncle uncle yang tiada fakta. Ni bahaya :)

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger