Home » » Poster minta Soi Lek letak jawatan: Peniaga dakwa dipukul

Poster minta Soi Lek letak jawatan: Peniaga dakwa dipukul

Written By canang on Selasa, 11 Mei 2010 | 5/11/2010 06:00:00 PTG

MELAKA  – Seorang peniaga membuat laporan polis kerana mendakwa dipukul setelah menunjukkan poster bertulisan Mandarin berbunyi “Chua Soi Lek letak jawatan jika sayangkan parti” pada satu majlis makan malam anjuran MCA di Alor Gajah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohamad Adnan Abdullah berkata, lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan naik ke pentas dan menunjukkan poster berkenaan semasa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedang berucap pada 9 malam.

Katanya, peniaga itu kemudian telah diarah keluar dari dewan berkenaan.

"Dia mendakwa dipukul beberapa lelaki tidak dikenali,” kata Mohamad Adnan.

Peniaga itu, yang juga anggota MCA, membuat laporan di Balai Polis Machap malam tadi. – Bernama

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger