Seorang profesor kolej di China yang didakwa menganjur dan menjadi tuan rumah parti tertutup membabitkan hubungan seksual beramai-ramai dihukum penjara tiga setengah tahun dalam kes yang menimbulkan perdebatan mengenai kebebasan seks di negara itu.
Ma Yaohai, 53, didapati bersalah dan didakwa kerana mengadakan parti seks berkumpulan, kata pegawai dari Mahkamah Daerah Qinhuai di tenggara Nanjing.
Ma bersama 21 yang lain ditahan dan didakwa tahun lalu, kejadian pertama di bawah undang-undang 1997 dalam kes yang mendapat perhatian umum. Ia turut mencetuskan perdebatan umum mengenai kebebasan seksual di negara yang cuba untuk merangka semula kod moral sendiri.
Agensi China News Service melaporkan, 21 yang lain diberikan hukuman lebih ringan membabitkan pengawasan sehingga tiga tahun kerana mengaku bersalah.
Hukuman maksimum bagi jenayah itu adalah penjara lima tahun.
Peguam Ma, Yao Yong berkata anak guamnya itu yang mengaku tidak bersalah, bercadang untuk merayu hukuman berkenaan.
“Hukuman terhadapnya tidak adil. Ia tidak berasaskan undang-undang. Kami memahami sebab di sebaliknya, tetapi kami tidak dapat menerimanya,” katanya.
Pendakwa menuduh Ma, profesor sains komputer di Universiti Teknologi Nanjing menganjurkan sebuah kelab seks berkumpulan dengan ahlinya bertemu secara ‘online’ sebelum berkumpul di rumah persendirian atau hotel bagi mengadakan parti seksual beramai-ramai.
Ma berhujah bahawa mereka tidak melakukan jenayah dengan mempertikaikan bahawa aktiviti terbabit membabitkan pertemuan orang dewasa dan apa yang berlaku bukan di khalayak ramai.
Ahli sosiologi, Li Yinhe yang turut mempertahankan Ma, mengaku kecewa dengan keputusan mahkamah serta menegaskan Ma tidak sepatutnya menghadapi sebarang pendakwaan.
Home »
» Profesor dipenjara taja seks bebas
Profesor dipenjara taja seks bebas
Written By canang on Sabtu, 22 Mei 2010 | 5/22/2010 06:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan