Kejadian pertama berlaku pernah disiarkan di akhbar pada April 2005 ketika anaknya berusia 14 tahun dan ibunya, Maria Wati Abdul Wahab, 43, tidak menyangka kejadian sama berulang empat tahun kemudiannya.
Difahamkan, Tengku Puteri Nur Aqilah Tengku Kamarudin yang merupakan anak tunggal dilaporkan melarikan diri bersama seorang rakan perempuan ketika berada di rumah ibu saudaranya pada 30 April 2009.
Maria Wati berkata, walaupun sudah setahun laporan polis dibuat, anaknya masih gagal dikesan menyebabkan dia terpaksa membuat sidang akhbar.
“Kali pertama dulu selepas kejadian ini dilaporkan di akhbar, anak saya dihantar pulang seorang rakan lelakinya selepas beberapa bulan,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.
Menurutnya, Nur Aqilah menunjukkan perubahan sikap selepas bercampur dengan remaja sosial dan liar.
Sejak itu, Nur Aqilah lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan-rakannya berbanding keluarganya.
“Saya percaya keputusan saya untuk berumah tangga kembali selepas gagal dalam perkahwinan bersama ayah kandungannya menjadi punca perubahan sikapnya.
“Saya sama sekali tidak menyangka dia akan melarikan diri sekali lagi,” katanya.
Maria Wati berkata, seorang rakannya pernah terlihat Nur Aqilah bersama seorang rakan di Bukit Bintang pada Disember tahun lalu.
Sehubungan itu, Maria Wati meminta sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat atau pernah terlihat Nur Aqilah agar segera menghubunginya di talian 016 2738458.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, sejak Januari tahun ini 10 kes dilaporkan melibatkan remaja berusia lingkungan 13 tahun hingga 20 tahun.
“Kebanyakan remaja yang melarikan diri dipercayai berpunca akibat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan, kekasih dan juga masalah keluarga,” katanya.
Home »
» Remaja perempuan hilang, lari rumah kali kedua
Remaja perempuan hilang, lari rumah kali kedua
Written By canang on Selasa, 4 Mei 2010 | 5/04/2010 09:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan