Home » » RM18j untuk sekolah Cina di Sibu

RM18j untuk sekolah Cina di Sibu

Written By canang on Khamis, 13 Mei 2010 | 5/13/2010 08:00:00 PG

SIBU 12 Mei - Perdana Menteri hari ini menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM18 juta kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina di sekitar bahagian Sibu.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan cek bantuan tersebut pada majlis perjumpaan dengan wakil-wakil persatuan sekolah-sekolah Cina di Hotel RH, di sini.

Sebanyak 50 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mendapat peruntukan RM10 juta, lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina mendapat RM5 juta, Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart mendapat RM2 juta dan Sekolah Kebangsaan St. Mary mendapat RM1 juta.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger