SIBU 8 MEI: Seorang ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang, Nor Azwan Ramli dikatakan ditahan polis kerana didakwa menyebut perkataan Altantuya pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.
Mengikut Facebook Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK Pusat, tindakan Nor Azwan itu menyebabkan beliau berdepan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Mengikut laman sosial yang dikirim pada jam 1.50 petang ini, Nor Azwan pada masa ini ditahan di Balai Polis Sentral Sibu untuk siasatan lanjut.
Tindakan polis itu menyebabkan pelbagai kecaman dan sindiran dipapar penyokong Pakatan Rakyat pada laman berkenaan.
Home »
» Sebut Altantuya, AMK Pahang Ditahan Polis
Sebut Altantuya, AMK Pahang Ditahan Polis
Written By canang on Sabtu, 8 Mei 2010 | 5/08/2010 07:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan