Home » » Syarikat telefon gantung nombor ‘puaka’

Syarikat telefon gantung nombor ‘puaka’

Written By canang on Khamis, 27 Mei 2010 | 5/27/2010 12:00:00 PTG

Sebuah syarikat telefon bimbit menggantung nombor 0888 888 888 daripada dilanggan selepas setiap seorang yang memilikinya mati sejak 10 tahun lalu.
Pemilik pertama adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Mobitel, Vladimir Grashnov. Mobitel yang menawarkan nombor berkenaan.

Ahli perniagaan Bulgaria itu mati akibat kanser ketika berusia 48 tahun pada 2001.

Nombor itu kemudian digunakan ketua mafia Bulgaria, Konstantin Dimitrov, sebelum dia akhirnya ditembak mati oleh pembunuh upahan pada 2003 Dia baru berusia 31 tahun apabila ditembak mati ketika makan bersama seorang model di sebuah restoran.

Ahli perniagaan, Konstantin Dishliev, menjadi pengguna ketiga, tetapi dia juga ditembak di luar sebuah restoran di Sofia. - Agensi

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger