MOHD. KHAIRI bersama isteri pada majlis pernikahannya di Pekan semalam.
SUDAH JODOH. Mohd. Khairi Othman, 34, yang cacat kedua-dua anggota tangan dan kaki bertemu jodoh dengan wanita normal, Zaleha Mohd. Nafis, 36, setelah setahun berkenalan.
Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang semalam dan disaksikan lebih 50 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Menurut Mohd. Khairi, dia mengambil keputusan untuk melamar isterinya itu setelah mendapati sikap penyayang dan ambil berat yang ditunjukkan isterinya selama tempoh perkenalan mereka.
Sementara itu, Zaleha yang pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan tiga anak menyifatkan suaminya itu seorang yang gigih dan tidak pernah menganggap dia kurang upaya dari segi fizikal. - Bernama
Home »
» TAHNIAH" SELAMAT PENGANTIN BARU":Wanita normal jodoh lelaki cacat
TAHNIAH" SELAMAT PENGANTIN BARU":Wanita normal jodoh lelaki cacat
Written By canang on Isnin, 3 Mei 2010 | 5/03/2010 10:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan