Home » » TERKINI:BN MENDAHULUI PERKIRAAN TAK RASMI 1,869 UNDI 6.09PM

TERKINI:BN MENDAHULUI PERKIRAAN TAK RASMI 1,869 UNDI 6.09PM

Written By canang on Ahad, 16 Mei 2010 | 5/16/2010 06:28:00 PTG

6.09petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.
BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41

Majoriti - 1,869

5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.


Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.

5.40 petang: Undi pos tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.

5.25 petang: Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu.

Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.

5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.

BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger