Juliana Sophie Johari Evans, 21, atau lebih dikenali sebagai Juliana Evans adalah antara artis remaja yang semakin mencipta nama dalam industri seni tanah air.
Namun, di sebalik kejayaannya itu, gadis kacukan Melayu dan Inggeris ini tidak dapat lari dari kontroversi yang sedikit sebanyak mencalar imejnya. Selain kisah ‘panasnya’ yang suka bersosial di kelab malam, hubungannya cintanya dengan Sam Bunkface juga turut menjadi bualan.
Paling mengundang kontroversi, apabila dia terlibat dengan satu serbuan polis di kelab malam haram, di Bukit Bintang bersama Scha Al Yahya dan Awal Ashaari, pada penghujung tahun lalu.
Meskipun ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya menunjukkan negatif dadah, namun peristiwa itu pastinya mengundang pelbagai persepsi yang tidak enak tentang dirinya. Selain dikatakan suka bersosial, dia juga dilabelkan sebagai ‘gadis liar’.
Tidak mahu mengambil pusing sebarang kata mahupun tanggapan orang tentang dirinya, Juliana lebih senang membiarkan sahaja perkara itu.
Katanya, dia tidak boleh menutup mulut orang untuk berkata tentang dirinya dan cara yang terbaik adalah membiarkan saja perkara itu.
“Terpulanglah apa yang orang nak kata tentang saya. Tapi apa yang ingin saya jelaskan, saya cuma remaja biasa dan ingin menjalani kehidupan seperti mana yang remaja lain lakukan. Saya tak nak fikirkan sangat tentang status saya sebagai selebriti kerana saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menjalani kehidupan sebagai remaja.
“Orang di luar sana tidak mengenali diri saya yang sebenar dan mereka boleh berkata apa sahaja tentang saya. Cuma keluarga dan rakan rapat saya saja yang tahu saya bagaimana. Apa yang pun saya lakukan, saya tahu batas-batasnya dan keluarga pun memahaminya,” katanya ketika ditemuipada majlis pelancaran drama Sayang Cendana, baru-baru ini.
Menyentuh tentang hubungannya dengan Sam Bunkface yang dikatakan sudah berakhir baru-baru ini, sambil tersenyum, Juliana berkata, hubungan mereka masih baik dan tidak seperti mana yang digembar-gemburkan.
“Saya tidak tahu macam mana gosip ini boleh timbul sedangkan hubungan kami baik sahaja. Kami tak perlukan publisiti tentang kisah cinta kami kerana bagi kami ia terlalu peribadi untuk dikongsi. Bila cerita seperti ini timbul, saya rasa mungkin ada orang yang dengki. Tak kisahlah, yang penting kami masih pasangan kekasih,” tegasnya.
Mengaku semakin menyenangi antara satu sama lain, Juliana berkata, mereka mereka masih terlalu muda dan banyak perkara yang harus mereka laksanakan dulu sebelum bersedia untuk membicarakan hubungan lebih serius termasuk perancangan mendirikan rumah tangga.
Katanya, dia kini semakin sibuk menguruskan karier seni dan juga pengajian di Sunway University College, Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Berbicara tentang drama terbarunya, Sayang Cendana, yang bakal disiarkan menerusi slot Lagenda di TV3, Juliana tidak menyembunyikan keseronokan membintangi drama berunsur mitos itu.
"Drama ini bukan drama biasa dan memerlukan saya untuk mendapatkan ‘mood’ fantasi. Malah saya juga perlu memakai rambut palsu untuk berjam-jam lamanya," katanya.
Home »
» Tidak kisah dilabel gadis liar
Tidak kisah dilabel gadis liar
Written By canang on Selasa, 4 Mei 2010 | 5/04/2010 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan