Home » » Tinjauan:Lelaki kuat menipu berbanding wanita

Tinjauan:Lelaki kuat menipu berbanding wanita

Written By canang on Khamis, 20 Mei 2010 | 5/20/2010 09:00:00 PG

LONDON - Golongan lelaki didapati bercakap bohong tiga kali sehari berbanding wanita yang menipu dua kali sehari, menurut tinjauan terbaru.

Tinjauan itu mendapati seorang lelaki menipu sehingga 1,092 kali setahun berbanding wanita yang bercakap bohong 728 kali setahun.

Tinjauan itu turut mendapati 25 peratus lelaki dan 20 peratus wanita berbohong kepada ibu bapa tetapi hanya 10 peratus responden berbohong kepada pasangan mereka.

Hanya 70 peratus daripada responden lelaki berkata mereka berasa bersalah apabila menipu berbanding 82 peratus wanita.

“Bercakap bohong adalah sifat manusia yang tidak dapat dielak dan menjadi komponen penting dalam pergaulan sosial,” kata wakil Muzium Sains yang menjalankan tinjauan itu, Katie Maggs.

Menurutnya, kajian lebih mendalam sedang dijalankan untuk mengetahui sama ada sifat bercakap bohong adalah warisan genetik atau dipengaruhi cara asuhan sejak kecil.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger