KUALA LUMPUR 12 Mei — Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dn Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini berkata kementeriannya membantah ujian kehamilan dijalankan sebagai keperluan bagi semua pelatih wanita dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Beliau berkata ini kerana ia membabitkan isu privasi sebagai perkara dasar.
Oleh itu, beliau meminta Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) untuk menimbangkan semula cadangan kementerian bagi memperkenalkan modul kesihatan reproduktif dalam kurikulum PLKN.
Beliau menjelaskan mengikut undang-undang sedia ada, sebarang prosedur yang membabitkan kanak-kanak di bawah 18 tahun memerlukan kebenaran ibu bapa.
"Saya amat bimbang dengan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak. Adalah malang jika wanita muda melahirkan anak di dalam situasi itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini sebagai respons terhadap satu laporan berita hari ini bahawa seorang pelatih berumur 18 tahun yang melahirkan anak di dalam tandas di kem Ovai di Papar, Sabah. -
Home »
» Ujian kehamilan peserta PLKN dibantah
Ujian kehamilan peserta PLKN dibantah
Written By canang on Khamis, 13 Mei 2010 | 5/13/2010 06:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan